Saturday, January 3, 2009

menghitung hari....

lagi 20 hari jer lagi hari yang bersejarah..cewah..hehehhee...majlis pertunangan aku akan berlangsung tak lama lagi. cuma aku fikir macam menyusahkan orang pula. yer laa mak terpaksa fikirkan nak masak apa. nak kena buat khemah ke tak. kenapa yer tunang pun macam memeningkan kepala. nanti aku kahwin akan ku pastikan yang tak siapa yang susah. maksudnya aku akan uruskan semua kenduri aku sendiri. aku malas laa.. nanti semua penat laa.. apa laa.. malam tadi aku kena perli dengan kakak pasal aku nak kahwin awal. salah ke aku nak kahwin awal? tak semestinya kahwin tu penamat segalanya kerana bagi aku perkahwinan tu adalah permulaan sebuah cerita. hati aku sedih sangat bila berhadapan dengan orang yang mulut laser macam apa jer. tapi aku nak buat macam mana? dah perangai dia macam tu. tapi memang kakak ni mulut dia cam hampeh sikit. sabar jer laa.. setahun tak lama lagi. insyaAllah kami akan disatukan dalam masa setahun lagi. memang laa kami ikat dalam masa 2 tahun. tapi sayang nak kami ikat setahun. tapi kami jer laa yang tahu.
dah laa malas nak cerita sedih nie. semalam aku keluar dengan sayang. kami gie shah alam hantar barang hantaran kat rumah mama. aku gie ole2 cari lapik dulang. alhamdulillah misi berjaya..hehehe..cantik gak laa lapik nyer. beli dengan quantity yang banyak menyebabkan dapata harga murah. lepas tu kami ke sacc mall then terus ke pkns. aku pusing 7 kali kat kedai tu untuk cari baju tunang. tu pun aku tak sempat nak beli tudung lagi. minggu depan sayang balik, so kami akan keluar lagi untuk beli tudung pula.
on the way nak ke shah alam kami kena harungi hujan yang lebat giler. best jugak laa macam romantik jer kan. aku tak kisah. bagi aku tak mengapalah aku susah dahulu sebelum kami mengecap bahagia. aku sayang sangat kat dia. dia alayan aku dengan baik. aku tak pandai nak zahirkan rasa hati. tapi yang pasti aku memang sayang sangat kat dia. aku harap jodoh kami berpanjamgam dan kami dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menempuhi hari yang mendatang...amiinn

No comments: