Tuesday, January 20, 2009

dugaan datang lagi...hatiku sedih...

hari nie aku sedih sangat walaupun hari bahgia kian hampir tapi hati aku sedih sangat. aku dijadikan tempat melepaskan geram dihati. aku sedih sangat. kenapa aku sering dijadikan tempat untuk lepaskan geram. kenapa semua nie aku terpaksa tanggung.. hati aku sedih sangat. tak cukup ke lagi segala kasih sayang dan pengorbanan yang aku lakukan hingga aku terpaksa menanggung semua ini.. ya Allah kenapa tak habis lagi ujian dari-Mu...izinkanlah aku bahagia ya Allah...tolonglah aku...hati aku dah tak mampu untuk bertahan menghadapi cubaan mu yang kian kuat nie ya Allah..salah ke aku untuk bahagia...

dah banyak kali hati aku disakiti..aku dah cuba untuk menjaga hati semua pihak..tapi kenapa aku yang sering menjadi pertaruhan..keluarga aku begini..keluarga angkat aku pula begitu..dan kini insan yang paliing aku sayangi buat hal...hukuman apa lagi selepas nie?

YA ALLAH IZINKANLAH AKU BAHAGIA DI DUNIA CIPTAAN MU..AKU INSAN BIASA YANG PUNYA HATI DAN PERASAAN.. KADANG2 AKU JUGA TAK MAPU MENGHADAPI DUGAAN -MU YA ALLAH...TUNJUKKAN AKU JALAN YA ALLAH.....TOLONGLAH AKU....

Monday, January 19, 2009

menghitung hari..25 jan 2009

fuh..penat giler la hari nie. tadi gie beli barang untuk masak kenduri pastu ada claz lak malam nyer..saat nie hati aku tak tahu nak kata apa. bila tengok persediaan yang dilakukan aku rasa hati aku sedikit berdebar2 pula. aku tawakal jer la. memamng aku takut sangat tapi yang penting kita enjoy..hehehehehhe...kat bawah tu antara hantaran yang bakal aku bagi kat cik tunang..ewah..aku sekarang sedang melipat gandakan usaha mengumpul duit..nak kejar target kahwin ujung tahun nie beb..dah tak sabar..hehehehehhe...sayang punya pasal beb...

esok aku ada interview kat sk damansara dami..jadi guru ganti kat sana. ala sebulan jer. tapi tak tahu laa abah bagi aku pergi ke tak. lagipun aku ada claz khamis dengan ahad jer. bowing seh...mintak2 la abah bagi aku pergi..tengok la esok aku tanya abah..kalau abah tak bagi aku tak pergi malas la nak engkar kata orang tua nanti tak selamat..

semalam aku gie tempah kek untuk tunang..cun gila kek dia..color kuning..mesti meletop punya la.hehehhehe..but before that aku dgn kak ipar gie amik periuk nasi kat umah nenek kat taman tun. bukan apa..nenenk punya periuk besar giler..silap2 haribulan leh buat masak orang pulak..

for those yang baca blog nie doakan aku cepat kahwin...heheheheheh...adios

Thursday, January 15, 2009

sebahagian hantaran yang dah siap..


towel


kain pelekat


perfeume


songkok+sejadah


cokelat


tafsir

jam

Sunday, January 11, 2009

hatiku mula keliru...

hatiku keliru...makin tiba hari itu..hatiku mula goyang..keliru adakah keputusan yg aku buat nie betul atau tak..hati aku sedih sangat bila dia mula berubah hanya kerana kami bercanggah pendapat...aku tak boleh ikot aliran dia coz aku dah ada aliran aku yang aku rasa aliran aku nie insyaAllah mengikut ajaranNya..tapi dia macam menolak..apa yang patut aku buat ? adakah patut aku surrendered shj..aku takot dh bermain dgn api..aku pernah merana..dan skrg aku bakal merana kembali..Ya Allah tolonglah aku....

Tuesday, January 6, 2009

my dream car...geram....


satria neo..peh nama dia buat aku tak tahan. ni lar dream car aku. malam tadi aku dapat drive daia. member sekolah aku punya. merasa gak lar aku drive dari umah ke mutiara damansara. best giler lar. pastu aku tanya lar bpe monthly dia. dlm 500++ jer. ok lar jugak. dan disebabkan benda nie aku gadoh dengan Mr. Tunang aku. aku nak beli kereta tapi dia tak nak. dia minat keter 2nd hand. tu yang buat aku geram sangat2. dia cakap tunggu aku kerja tetap then suka hati lar nak beli kereta apa pun. kdg2 aku cam nyesal pun ada amik keputusan nak tunang cepat2. dah aku x enjoy dgn duit. yer lar kena kumpul duit nak kawen. nak kena ada 10k beb..

aku kalau ikot hati mmg aku nak angkat kete nie jgk. member aku leh tlg. tgk lar mcm mana. nnt aku angkat aku x nak bgtau Mr. tunang aku. mampos kena marah beb. tp aku mmg nk angkat jgk. tgk arr dlm bln dpan ker. ala aku pkai kete pun nk ke mana jer. setakat gie tuisyen jer dgn g claz. aku malu gak asyik pkai kete org jer. malu seh. tp apakan daya nk uat mcm mana kan...aku hrap org support aku tp dia x nk support. mcm mana lar kan kami x sependapat. mcm mana kami nak idop bersama..hmmm....entahlah....

Saturday, January 3, 2009

menghitung hari....

lagi 20 hari jer lagi hari yang bersejarah..cewah..hehehhee...majlis pertunangan aku akan berlangsung tak lama lagi. cuma aku fikir macam menyusahkan orang pula. yer laa mak terpaksa fikirkan nak masak apa. nak kena buat khemah ke tak. kenapa yer tunang pun macam memeningkan kepala. nanti aku kahwin akan ku pastikan yang tak siapa yang susah. maksudnya aku akan uruskan semua kenduri aku sendiri. aku malas laa.. nanti semua penat laa.. apa laa.. malam tadi aku kena perli dengan kakak pasal aku nak kahwin awal. salah ke aku nak kahwin awal? tak semestinya kahwin tu penamat segalanya kerana bagi aku perkahwinan tu adalah permulaan sebuah cerita. hati aku sedih sangat bila berhadapan dengan orang yang mulut laser macam apa jer. tapi aku nak buat macam mana? dah perangai dia macam tu. tapi memang kakak ni mulut dia cam hampeh sikit. sabar jer laa.. setahun tak lama lagi. insyaAllah kami akan disatukan dalam masa setahun lagi. memang laa kami ikat dalam masa 2 tahun. tapi sayang nak kami ikat setahun. tapi kami jer laa yang tahu.
dah laa malas nak cerita sedih nie. semalam aku keluar dengan sayang. kami gie shah alam hantar barang hantaran kat rumah mama. aku gie ole2 cari lapik dulang. alhamdulillah misi berjaya..hehehe..cantik gak laa lapik nyer. beli dengan quantity yang banyak menyebabkan dapata harga murah. lepas tu kami ke sacc mall then terus ke pkns. aku pusing 7 kali kat kedai tu untuk cari baju tunang. tu pun aku tak sempat nak beli tudung lagi. minggu depan sayang balik, so kami akan keluar lagi untuk beli tudung pula.
on the way nak ke shah alam kami kena harungi hujan yang lebat giler. best jugak laa macam romantik jer kan. aku tak kisah. bagi aku tak mengapalah aku susah dahulu sebelum kami mengecap bahagia. aku sayang sangat kat dia. dia alayan aku dengan baik. aku tak pandai nak zahirkan rasa hati. tapi yang pasti aku memang sayang sangat kat dia. aku harap jodoh kami berpanjamgam dan kami dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menempuhi hari yang mendatang...amiinn

Thursday, January 1, 2009

hilang sudah kasih sayang....

realted kepada gambar bawah. mereka berdua adalah kakakku. sedih sangat rasa hati hingga tak tertahan lagi. semenjak aku putuskan untuk bertunang aku mula kehilangan perhatian dan kaaish sayang dari salah sorang dari mereka. aku tak tahu dimana silapnya. salah ke aku nak bertunang aku juga perlu fikirkan tentang dirku dan kehidupan aku sendiri. aku rasa sedih sangat. tak mengapalah kalau aku terpaksa memilih. aku kena pilih dia kerana aku rasa kalau aku lepaskan orang sebaik itu aku mungkin takkan dapat lagi orang macam tu. sedih sangat tapi apakan daya....

next week aku dah mula registar sem baru..yuuhuuu aku dah last sem. dah boleh cari kerja..huhuhuu..doakan aku dapat kerja dan dapat completed kan pelajaran aku.amiin..