Sunday, November 30, 2008

merisik 30th November 2009

10 pagi tadi keluarga sayang dtg untuk merisik. alhamdulillah semua berjalan dengan baik. ikotkan kami akan bertunang pada 3 january tapi mak minta tangguh ke raya china. jadi insya allah xder aral kami akan bertunang pada 24hb kot.. tak tahu lagi tengok pada keputusan abah lor macam mana..

tadi dia buat tak tahu jer sampai lar masa dia nak balik putrajay..sedih lar jugakkan dah lar kakak yang putrajaya tu perli baik punya. dah lar dia mmg terasa dengan peminangan nie pastu dia kena perli pulak..kesian dia..tapi aku macam terasa hati coz dia macam cerita dan meluahkan perasaan dia pada kak long. aku tahu dia macam tak boleh terima kenyataan lagi. tapi aku nak buat macam mana? masanyer telah sampai..entahlar hati orang nie macam2... tak mau ar citer benda sedih...tak besh..

esok sayang balik kulai, maybe dia balik petang. nenek sayang sekarang tengah sakit tenat. batuk berdarah. insya Allah esok kalau abah bagi, aku nak gie tengok nenek. coz sayang cakap nenek dah macam tunggu masa jer. then sayang ada call bagitahu yang nanti dia balik raya haji, dia ajak aku gie beli barang. yer lar takut dia takder masa lagi. al-maklum coz dia kan keje kat kulai, aku kat sini...tapi barang di pihak aku alhamdulillah tinggal nak beli songkok jer.

sayang cadang nak bagi telekung, sejadah, perfeume dengan cincin. tapi tak tahu macam mana lagi. aku pun tengah dok survey lagi perfeume apa yang aku nak untuk hantaran. aku ingat nak cabtree&baverly punya brand. tengah sale, so harga 50% less..dari 5 rat boleh dpt dalam 2 rat jer. ok lar kan..dia bagi mahal sikit pun tak per..huhuhuhuhuhu...

tadi sayang tanya kahwin nanti nak kena hantaran apa...aku dengan selumber jer jawab..kahwin kan lambat lagi..dia nie bile aku laju dia slow. bile aku slow dia laju yang amat. pelik aku dibuatnya...hhehehehe...wuahh...

dah ngantok lor..gudnite..adios...

buah tangan merisik...




Thursday, November 27, 2008

hanya kau yang mampu...

aku tertarik dengan tajuk lagu aizat..hanya kau yang mampu...lagu nie sebenarnya banyak kesinambungannya dengan hidup abg angkat aku..abg f aku kenal masa aku pergi praktikal..dia soft sangat dan kami mula rapat setelah kamimengalami pertengkaran kecil..aku sayangkan dia macam abang aku sendiri. dia faham aku dan dia tak pernah sekali pun meninggi suara dengan aku. aku sayang sangat pada dia. yes kadang2 aku juga rindukan dia. lelaki sebaik dia layak dapat yang terbaik dalam hidupnya. tapi sayang sangat kerana dalam senyum sebenarnya dia menanggung derita..

bersesuaian dengan lyric lagu tu sendiri.itulah luahan hati abg f. bagi aku, aku paling susah nak respect lelaki tapi bila dengan dia aku mula buka mata dan dia banyak beri aku nasihat dan pengajaran yang berguna untuk aku lalui hidup ini. dan jujur ku katakan yang aku taknak kehilangan dia sebagaimana aku kehilangan abg zahir. entah kenapa hati aku sebak bile dengar cerita dia tadi. aku memang tak pandai tunjuk care aku, namun aku hanya berdoa agar dia dapat tabah menempuhi hidup ini.

cerita dia begini, mungkin boleh dijadikan pengajaran yang baik. kadang2 aku rasa macam cerita drama pun ada. jarang kita nak dengar dalam rumahtangga lelaki yang tanggung derita biasanya perempuan yang tempuh semua tu. wife abg f nie seorang yang cemburu buta giler2. aku pernah kena sound dengan abg f. teruk aku kena hanya kerana 1 sms. rupanya time tu dia tertekan sangat dengan perangai wife dia. dan yang boleh aku simpulkan ialah dia melepaskan tekanan dia pada aku. aku tak tegur dia masa lepas aku dpt sms marah2 tu. masa tu hanya Allah jer yang tahu betapa rindunya aku nak dengar suara dia.

mungkin jodoh kami sebagai adik abg panjang. akhirnya dia panggil aku jumpa dia dan kami berbincang. alhamdulillah hubungan kami baik hingga sekarang. sebenarnya wife dia punya background hidup yang agak kurang baik. dimana wife dia semasa kecilnya ditinggalkan di rumah neneknya. neneknya yang menjaga dia hingga dewasa. silapnya berpunca dari bapanya sendiri. bapanya berkahwin 4. tapi selepas 1 perkahwinan dia mendapat anak dia akan bercerai dan anak2 yang menjadi mangsa keadaan. itulah yang terjadi pada kak U. kak U mungkin mengalami tekanan dan tekanan masa lampau dibawa hingga kini.

dia tak percayakan abg f. ada saja yang dia nak cemburukan. abg f kata kak U bencikan lelaki. tapi sedar tak dia yang dikahwininya juga adalah lelaki. kak U patut rasa bersyukur kerana dikurniakan lelaki sebaik abg f. mana nak cari lelaki macam tu pada zaman ni. aku nekad aku kalau dengar benda yang sama aku memangnak jumpa kakak tu. aku bukan nak masuk campur hal rumahtangga dia tapi aku nak dia buka mata. lelaki yang menjadi suami dia adalah lelaki yang sebaik2nya. aku berani cop jarilah mana ada lelaki sanggup tahan dengan keadaan wife dia macam tu. yang cemburu membabi buta.

aku respect dengan abg f. dia banyak kali cakap yang dia sayangkan anak2. tapi hati dia menangis menahan derita. aku dapat tengok dari mata dia. cahaya dari mata dia tak bersinar tapi suram. aku terus terang katakan bahawa jika aku dapat lelaki seperti abg f akan aku jaga sebaik mungkin. aku juga ada background yang gelap. dulu juga aku bencikan lelaki. tapi aku mula berfikir. orang lain yang buat silap kenapa orang lain yang perlu dihukum? kita mengatakan hidup ini tidak adil kerana kita terpaka menanggung derita. tapi adakah kita adil sekiranya kita meletakkan hukuman pada orang yang tidak bersalah..

yes..dulu aku bencikan lelaki kerana kau kecewa dengan masa silam aku. sehingga aku pernah sujud menangis mengatakan bahawa hati aku sakit sangat dan aku rasa teraniaya. tapi aku tidak menghukum orang lain. perlukah aku menghukum lelaki lain hanya kerana aku bencikan 1 lelaki ini. aku tak adil pada semua orang dan aku juga tidak adil pada diri aku sendiri. aku kesian tengok abg f. kadang2 sampaikan dia dah penat nak tempuh semua ini. dia mencari orang yang memahami apa yang dia rasa. selagi aku mampu insya allah aku akan jadi pendengar kepada masalah dia.

hidup ni tak seindah yang kita sangka sebenarnya. setiap orang ada masalahnya sendiri. semua akan mengalami rasa derita dan gembira. cuma dengan cara yang berbeza. yang pasti aku kesiankan abg f. dia baik. lembut. dan semua sifat yang diingini oleh seoarang perempuan kepada lelaki ada pada dia. rupa dia pun not bad jugak. aku tak pernah anggap dia sebagai lebih dari seorang abang coz aku respect dia sebagai seorang abang dan hanya pendapat dia jer yang aku boleh pakai dan aku respect.

abg f....saya hanya berdoa agar ada jalan2 Allahuntuk abg...saya sayang sangat pada abg..saya nak abg bahagia..abg layak dapat kebahgiaan itu kerana abg sememangnya layak...saya juga berdoa agar ikatan silaturrahim ini akan terjalin insya allah hingga bila2....abg...saya sayang abg...saya tak cukup berani untuk luahkan perasaan saya..cuma itulah yang saya rasa saat ini...saya rasa bersyukur dipertemukan dengan abg...saya takder abg dan kehadiran abg membuatkan hidup saya rasa lengkap. saya ada abah. ada kekasih dab juga abang yang boleh untuk menumpang kasih. tu jer lelaki yang ada dalam hidup saya.

erm banyak pulak aku melalut..jap agi aku nak upload gambar officemate..sekarang tak sempat coz nak kena gie office kaktin..ok adios..

Wednesday, November 26, 2008

Alhamdulillah...

alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana rezeki yang diberi..aku dapat A untuk subjek BUilding Economic..ohyer semalam ada paper jugak..macam biasalah aku keluar awal. dalam 1030am aku dah keluar dah. panjang citer kat aku malam tadi yang aniz dah kantoi toyol semalam. setelah 6 sem seh dia meniru akhirnya kantoi jugak. betul kata abah jangan menipu semasa menjawab exam coz nanti lambat laun mesti kantoi jugak..

panjang kata rugi aku takder semalam, tapi bagi aku, aku memang tak nak tengok pun coz takut aku buruk sangka pada dia jadi baik aku tak nampak. syukur sangatlahkan..tapi kesian kat dia nanti kalau mama tahu macam manalahkan? tapi dia yang pilih jalan tu habis nak buat macam manakan. tahun depan pun kami dah nak habis belajar dah. aku nak cari kerja coz banyak lagi urusan yang belum selesai. kalau boleh aku nak selesaikan sebelum aku jadi isteri orang.

bila berumahtangga nanti aku tak bebas macam sekarang, ada batas2 yang perlu aku juga. aku kena patuh arahan suami. cewah...hehehehehehe.....tapi takper lor..insya allah semua selamat..oklah aku nak study..paper esok penting coz ia menentukan pointer aku stabil atau turun lor...adios....

Monday, November 24, 2008

1st day exam..

aku baru jer balik exam tadi..paper building economic...alhamdulillah agak mudah juga aku menjawab tadi..pertolongan dari yang Maha Esa, alhamdulillah. erm diam tak diam umur aku dah nak masuk 22 tahun. insya allah takder apa aral aku target sebelum aku 25tahun aku dah jadi chartered surveyor. betol jugak cakap sayang..aku penat2 belajar QS,pastu aku gie cari kerja lain..aku dah fikir masak2 dan dengan dorongan sayang aku akan kerja dalam bidang aku..aku bersyukur sayang guard aku..kalau tak aku nie macam layang2 terputus tali, cepat sangat buat keputusan bengong.. sok ada paper financial management, so aku nak gie study..adios..

Saturday, November 22, 2008

kecewa sangat....

semalam aku dan mak abah gie rumah cik ati jumpa paksu coz nak bincang pasal pertunangan aku lar kononnyer..macam boring jer coz paksu tu berlagak sangat dengan mak abah..rasa macam boring sngat coz dia tu tunjuk macam bagus sangat...aku rasa macam nak nangis jer coz nak tempuh nie semua dah berapa banyak air mata yang aku terpaksa tupahkan..allahuakhbar...ya Allah kenapa perjalanan hidup aku sesukar ini? apa hikmah disebaliknya? atau mungkinkah kau mahu mengkifarahkan dosa aku di dunia nie..

aku tak tahu kenapa perlu aku? aku kalau boleh nak cepat selesaikan perkara nie..kadang2 aku macam dah give up pun ada..tapi aku nak buat macam mana? aku takder daya upaya..semalam abah memang rasional sangat, aku respect giler coz abah sabar sangat dengan orang giler tu..aku ingat aku kuat nak tengok muka dia tapi ternyata aku tak mampu coz aku tak larat nak tengok muka dia langsung...

aku memang dah maafkan dosa dia pada ku cuma aku tak mampu langsung nak tengok muka dia coz dia pernah jatuhkan aku..dia pernah hampir musnahkan hidup aku..atas nasihat abah, abah minta aku ampunkan dosa dia dan lupakan apa yang telah dia buat...abah...saya minta maaf kerana tak mampu nak buat macam yang abah nak saya buat coz saya tak cukup kuat kerana muka dia pun saya tak sanggup nak tengok...hati aku pedih sangat bila kenangkan apa yang telah dia lakukan...

takper lar benda dah lepaskan...aku akan cuba belajar untuk melupakan semuanya sekali...yang pasti aku terlalu terluka pada masa lalu...hati aku luka terlalu dalam hinggakan aku dah tak sanggup lagi untuk terluka lagi..aku takut untuk pulang ke masa lalu...masa lalu aku terlalu pedih dan penuh dengan kegelapan hinggalah aku bertemu keluarga nie..aku syukur sangat2 ke hadirat illahi kerana mengurniakan keluarga nie...

semalam ada ker paksu suruh keluarga sayang datang mengadap keluarga mereka dulu baru gie meminang kat rumah abah mak...please lar..aku tak kan buat kat rumah diorang...betul jugak abah kata tadi..abah kata akusekarangumpama berlian semua keluarg aku dah nampak aku then mestilah akan menempal kat aku..dulu aku umpama batu yang boleh disepak ke sana ke mari...bertapa hinanya aku dipandangan mereka dahulu...

sekarang bila aku dah hampir nak dapatkan scroll, baru mereka nak mengaku aku nie anak saudara ker?sekarang aku nak cakap satu benda jer..."pergi mampos"....memang kasar bahasa tu tapi aku geram sangat2...dulu aku hampir berhenti sekolah kerana aku takder duit nakk biaya yuran peperiksaan aku...mana diorang masa tu? masa aku susah kenapa diorang tak nak cari aku kenapa bila aku dah senang baru nak cari aku? sebab dulu aku terlalu membebankan?

bercakap soal membebankan...aku rasa paksu giler tu yang bebankan hidup aku..tak habis2 menyusahkan hidup aku!!! apa lagi yang dia nak? tak cukup lagi ker dia dah hancurkan hidup aku..mengajar aku erti susah yang sebenar..aku pernah jatuh terduduk dan aku belajar berdiri semula..hati aku dah begitu keras..kadang2 sampai satu tahap aku lupa yang aku ada keluarga lagi...aku hanya ada keluarga mak abah jer...aku sayangkan keluarga nie coz mereka sanggup tunggu hingga hati aku benar2 terbuka untuk menerima mereka...

semalam bila aku tengok paksu berkasr dengan mak abah..aku rasa nak tempik jer kat dia..siapa dia naik berkasar pada mak abah? besar sangat ker dia tu..berlagak..bodoh sombong! tak habis nak menyusahkan hidup orang jer..sayang ada pesan pada aku, bila kami sudah berkahwin dia hanya izinkan aku rapat dengan kelurga yang sekarang nie jer keluarga sebnar aku, dia kata boleh gie jengok tapi tak boleh rapat sangat..takut mereka nak gunakan aku lagi..

aku tak tahu bila aku mampu tengok muka dia...bila aku tengok muka dia, aku akan sedih dan aku akan nampak semua kesakitan masa silam aku..aku sakit sangat dulu...aku tak nak balik ker zaman dulu lagi...aku tak mampu...aku tak nak dah sakit sangat hanya Allah jer yang tahu...aku hidup sendiri..aku makan sendiri..aku sakit tanggung sendiri...semua aku tanggung sendiri.. kenapa sekarang baru diorang nak bertempik mencari aku...nak mengaku aku nie anak saudara aku...

kesimpulannya...sayonara....
erm letih pulak...nak gie berehat.petang nie nak gie mengadap pak ngah pulak..yang pasti sekali mereka cuit mak abah...aku akan tengking diorang..aku tak nak orang sakitkan hati mak abah dan merendah2kan mak abah aku!!!
adios...

Thursday, November 20, 2008

R!ndu nyer...


Rindu nyer kat sayang..bile lar dia nak balik..ohyer tentang semalam..alhamdulillah semuanyer berjalan dengan baik..viva aku semuanyer ok2 aje..ada gak yang kena bom..tapi kena bom memang kalahlah hiroshima kena bom..hehehhe..semalam terbukti dah siapa buat kerja dan siapa tak buat kerja...tapi malslah nak komen lebih nanti kena batang hidung sendiri..minggu depan sayang balik..bes nyer..rindu sangat nak jumpa dia..minggu depan jugak aku exam..and minggu depang jugak keluarga sayang datang..nak berbincang soal kami berdua..berdebarnyer hatiku...aku cadang nak kawen cepat kalau ada rezeki tapi itu bergantung pada ekonomi sayanglah....sekarang nie company sayang kerja ada crisi sikit..maybe nie ujian kami kot..yer lar orang kata kalau kiter niat baik biasanya mesti ada dugaan coz nak tengok sejauh mana ketabahan kita...
Rasa lama sangat waktu berputar..hari nie aku rasa sebak sangat bile terkenangkan sayang..entah kenapa agaknyer yer..maybe sebab aku sayang sangat kot kat dia..aku sayang dia tapi aku tak tunjuk emosi aku sebenarnya..maybe itu silap aku..aku tak pandai nak expresi emosi aku sendiri..aku x pandai...yang pasti aku pernah buat silap dan aku berikrar tak kan ulang lagi coz aku sayang sangat kat sayang..aku tak nak buat macam dulu lagi..aku tahu sampai masanya Allah akan balsnyer juga, cuma aku berdoa agar dia takpisahkan aku dengan syang..aku dah takder sape lagi selain sayang..lelaki2 yang pernah hadir dalam hidup aku dulu adalah suatu kesilapan..aku alpa...dan kini aku dah nampak..aku dah buka mata yang sayang adalah yang terbaik untuk aku...
Buat sayang...i sayang sangat kat u..i tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan hati i..hinggalah i sanggup buat keputusan untuk diikat...
niat akau satu...aku nak berubah...dengan ikatan yang bakal wujud antara aku dan sayang..aku harap akan dapata merubah cara hidup aku dan pemikiran aku sendiri...aku sayang dia....rindu sangat2 kat sayang....

Wednesday, November 19, 2008

NervOus arrr.....

jap lagi ada presentation, eh silap viva thesis lor...jap lg kul 2 ptg...nervous giler lar..dah rasa ak termuntah dah...takot bukn apakan takot tak lepas jer...mak kata selawat banyak2...aku harap lepas jer cukuplar...nak dapat gempak maybe lar x dapat kot coz yg lain lg superb expecially ton ar..kak long oun not bad jugak per...next week dah finalexal..chaiyok chaiyok..semester nie paling xbes coz relax giler larr.....erm ok ar nanti chit chat lg..nak practices..practices make perfect...adios

Tuesday, November 18, 2008

hari ni banyak kerja lar..


hari ni nak kena buat thesis bagi siap semua dan kena print semua tak silap aku 4 copy semua coz nak kena bagi panel tengok..aku mula lar dah rasa seriau..takot lar dah lar esok kena present, gerun jugak lar....uis bedebar lar minggu depan keluarga dia nak datang meminang..hehhehehe...malam tadi kami bincang yang pihak aku akan anta wane puteh dia bg wane purple..dia yang pilih purple...aku harap nie lar detik permulaan untuk aku berubah menjadi perempuan yang baik dan insya allah lepas urusan bertunang aku nak bai'ah..dah sampai masanye aku mencari tali2 Allah...entah kenapa hati aku dah tergerak nak berubah..aku dah tak nak buat dosa macam dulu lagi, aku yang rugi..sampai bilakan? hidup makin lama makin tua bukan makin muda...hopefully aku berjaya insya allah dunia dan akhirat..aku pun tak lama lagi nak jadi isteri orang, insya allah nie lar platform aku untuk berubah menjadi sesuatu yang baik...insya allah jugak lepas habis degree nie aku akan daftar untuk professional exam dan juga master..alhamdulillah si dia pun merestui apa yang aku nak buat...dia yang galakkan aku untuk sambung study...dia banyak bagi support kat aku...alhamdulillah...aku bersyukur jika dia untuk aku coz aku pun tak boleh lar expect untuk dapat yang terlalu perfect kan coz aku pun tak perfect mana....erm okz lar nak settlekan kerja..adios...

Monday, November 17, 2008

erm.....


bebudak form 1

tak tahu lar nak cakap per hari nie..baru jer lepas settle taker-off, mata ngantok lar pulak..minggu depan dah start exam, sayang suruh buat betol2, tapi aku rasa macam tak boleh jer coz aku nie macam malas jer nak pk banyak2...tak macam dulu, aku workhard giler2 but now cam holiday lar pulak...erm..macam mana yer masa depan aku nanti? bright or vice versa? aduh pening gak kepala aku memikirkan...tapi aku yakin kalau kiter belajar dengan ikhlas dan paling penting aku tak meniru insya allah, mesti ada jalannyer..hm....thesis viva postpone lg..hari khamis baru ada kul 2 ptg dan cam biasalah aku gak lar yang jadi technician nyer...hm...rindu pulak kat student2 kat pusat tuisyen...aku macam dah boring lar .....aku pun tak tahu apa yang aku pk sampai pening gak lar kepala aku nie memikirkannya...ok lar lain kali aku tulisnagi..pening...


Sunday, November 16, 2008

boring..nyampah...

aku baru jer balik dari kolej.boring tadi aku kena sembur dengan lecturer mesurement..dia tu apesal tak boleh ker cakap baik2..aku tahulah aku silap yer lar soalan tu ada atas fail dia aku amik lar buat test..memang bes lar coz test aku dpt 0%..puaslah hati dia..kira ok apa ada gak inesiatif aku nak buat..boring giler sem nie..lantaklah..aku dapat rasakan pointer aku akan turun mendadak giler...aku x suka belajar dengan lecturer yang poyo macam tu..lantaklah dia...benci menyampah semua ada dalam benak aku..dah ar keje abg faizal bagipun x siap lagi..pening sungguh kepala aku...aku call clasmate aku tak sorang pun nak angkat...apesal ntah aku rasa macam serabot sangat..mata aku nie asik mengatuk jer lar pulak...boringlar....aku pun tak tahu kenapa dengan aku nie..lantak pi lar..aku dah malas nak fikir sangat..aku rasa macam nak give up pun ada, yer lar aku nie tak habis2 dengan masalah.....hmmmmmmmmm....................

Saturday, November 15, 2008

me at college..

huhuhuhuhu....aku rembat laptom puan ct..sj jer pinjam..td aku dah tujuk progress oklar gak, alhamdulillah aku nyer tak lar banyak yang nak di edt lagi..kalau tak jenuh makcik...kitorang punya viva post pone..yuuhuuuu....postpone wednesday 19th nov 2008..nasiblah aku ada lagi sikit jer nak buat..jap lagi aku nak gie beli kain buat baju tunang..tak tahu lagi aku nak beli warna apa, ingat aku nak buat warna cokelat cream kot, tengok keadaan macam mana ler...aku ngantok sebenarnya..badan asik letih jer..macam orang gila dah..sakit otak pun ada..ohye aku nak gie jumpa nadia kot..nak survey baju apa nak beli..budjet giler2..kalau tak nanti saper nak sponsor beb..esok maybe aku akan dok berkampung kat rumah jer kot..nak siapkan research report aku yang memmeningkan kepala..eeeee.......pening kepala seh...nanti nak gie beli cincin tunang kat mana yang under budjet ek? maklumlah kami nie background QS...kepala otak nie asik estimate jer lar memanjang..huhuhuhuhuu....malaslah nak balik rumah pasnie. nanti kena gie umah orang kahwin..aku malas coz nanti balik badan dah penat, satu kerja pun aku dah malas nak buat..so sampai sini jer kot coz nanti empunya laptop nie marah pulak..hehehehhehehe...tapi puan nie sempoi jer..cun seh..puteh melepak..cam cina..aku yang mix cna melayu pun tak cantik macam dia..bercakap tentang pointer aku..alhamdulillah last semester aku dpt 4.00 dan cgpa aku sekarang 3.50..tapi kak long and kak zura lagi superg beb...aku nyer dean list certificate dah 4 keping dalam koleksi..hehehehehehhe..nanti nak frame kan lar..hopefully viva nanti aku lepas..as long as tak payah repeat atau reject pun dah kira ok lor...aku nak grad cepat coz tak sabar nak kerja nak kumpul duit..income aku sekarang memanglah ada tapi tak lar sebanyak mana...

nak kumpul duit nak kawen lar beb...kami nie bertunang dalam 2 tahun jer..pejam celik pejam celik jer sekejap jer dah 2 tahun dah..kan pening nak pk..aku tak macam orang lain ada parents nak sponsor..aku semua kena urus sendiri beb..nasib baik lar mak and abah aku (keluarga angkat) nak tolong uruskan..kalau tak alamat kahwen kat siam lar...hehehehhehehehhe...

so apa pun hidup mesti diteruskan...yang penting kiter enjoy!!!!!
c ya adios amigos....

ku ingin kamu...


dari semua
yang ku jalani bersamamu
ku ingin kau menjadi milikku
ku ingin engkau disampingku
tanpa dirimuku hanya manusia tanpa cinta
dan hadirmu yang bisa
membasuh duka dalam hatiku

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah ku sayangi
ku akan setia disini
menemani....

sentuhanmu
bagaikan tangan tangan sendiri cipta
yang menghias bunga asmara
dan membuatku tak pasrah

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku akan berjanji
hanya kaulah yang ku sayangi
ku akan setia disini menemani

kisah cinta akhirku ku
kan tersimpan dihati kecilku
bahagia
terindah untuk diriku

selama ku masih bisa bernafas
selagiku masih bisa menyinta
seumur hidupku...

pening....

erm...mata dah mengantok sangat..sejak kebelakangan ni badan letih2..malas jer rasa..tadi sempat gak edit thesis proposal dengan kena buat slide show..17th nov 2008 ada viva thesis..kecot betol perot..usus dah tak tahu letak ke mana..hehehhehe...gerun woo, walaupun hanya 2 credit hours tapi kalau kantoi masak gak nak menjawabnya..besok pagi ada claz dengan puan ct..for our last claz utk sem nie..tapi sem depan jumpa lagi..aku plan kalau thesis aku tak sangkot, panel x argue aku ingat nak buat research cuti nie..insya allah pas urusan pindah rumah dan urusan membeli barang hantaran selesai..
alhamdulillah lgi 6 bulan aku tamatlah belajar...bolehler start kerja and insya allah aku nak apply master pulak..dah survey dah maybe aku buat kat uitm kot coz en. zul ada mengajar kat sana..en. zul nie mmg antara lecturer yang paling aku respect arr..dia nie bab application mmg superb giler..mana ada orang berani argue opinion dia, dia nie kira antara yang paling banyak pengalaman dalam bidang nie. aku plan nak habiskan master sekali dengan proffesional exam before aku kahwin..alaaa...aku kahwin pun lagi 2 tahun..insya allah...
bercakap soal kahwin..ya Allah aku tak tahulah macam mana nak cakap..belum ktunang lagi beb macam2 dugaan aku tempoh..terasa hatilah, rasa nak nagis lar...eeeee....sabar jer lar...dah tunang ntah dugaan apa pulak yang akan datang? tapi aku pandang dari sudut positif di mana aku rasa setiap dugaan pasti ada hikmahnya..aku nak kahwin tak sorang pun yang setuju tapi aku pekakkan telinga butakan hati jer lar..aku amik jugak resiko..sayang punya pasal lor..ehhehehhehe...
hm...almost 12 dah..mata pun dah pedih..jap lagi nak gayot dengan sayang jap..pastu nak tidor..mata dah ngantok giler dah nie..badan and otak pun dah letih sangat..ok lar...gudnite..sweetdream (wish untuk diri sendiri)...hehehehhe...adios...

cadangan hantaran..hmmm....






cantik jugak hantaran nie kan....dalam perancangan lagi..ikot budjet beb...


hari yang meletihkan..

nie gambar my student masa kat pusat tuisyen bestari jaya..

hm..hari nie agak meletihkan coz tadi free trial campagne kat KUMON..penat jugak lar coz nak kena attain parents..ada yang ok dan ada yang sebaliknya. tadi kerja dari pukul 9am sampai 4pm. boleh tahanlah student ramai gak yang akan attain untuk new intake. bercakap tentang hati..
hmmm....macam mana yer nak cakap tentang hati dan perasaan..hari ni aku rasa rindu pulak dengan sayang..bagaimana yer nak ku gambarkan hatiku. dalam hatiku berharap kami akan bersama namun itu semua terserah kepada jodoh dan keizinan ALLAH. banyak halangan yang kami sudah tempuhi. motor rosak lar yang paling buat aku terharu. yerlar masa tu aku pakai scooter dah ar selalu rosak, pastu rosak pulak masa aku gie dating dengan dia..memang menyayat hati lar jugak....tapi dia bagi semangat kat aku, dalam study pun kadang2 dia pulak yang paling risau. aku yang belajar dia yang risau, kan kelakar sangat...hehehehehehe....tapi bagus jugak sebenarnya yer lar rasa macam orang sayang kat aku..aku sayang dia tapi entahlah susah nak cakap sangat..kiter perlu terserah kepada takdir juga..insya allah kami akan bertunang pada 3 jan 2009..apa halangan kami? hm..nantilah cerita..sekarang penat sangat sebenarnye tapi dyakan juga lar badan nie..hm..nak tunggu sayang balik....lambatnya lar sangat coz dia balik 28hb nie.."sayang..i rindu sangat kat sayang.."
dia baik sangat kadang2 aku terasa tak sesuai dengan dia coz dia setia dan baik, sedangkan aku? aku rasa macam x perfect..tapi mungkin ada hikmahnya kami dipertemukan..kami dah bersama hampir 2 tahun..bermula dengan kawan dan hingga sekarang aku dah mula sayang pada dia..aku dah ar jenis susah sangat nak sayang sangat kat orang..hm..tadi kata penat nie dok membebel lagi..oklar..nanti kalau rasa aku free nanti aku corat coret lagi..sakit perot lar pulak..okz..adios...

Thursday, November 13, 2008

pembetulan.....


merisik pada 30hb november 2008...hehehehe 2009 lambat sangat tu...kat sini aku attach sekali gambar family aku sekarang...gamabra "my sayang"? eh mana boleh nanti aku tunjuk kan..hehehhehheee...
ni gambar masa raya tahun nie punya..abg sharom dan kak dada tak der..mereka beraya di rumah mak mertua masing2...

ni cincin merisik yg dibeli tak silap aku 3 minggu lepas..murah jer beb..masa tgh promosi..kat poh kong sogo shopping complex..cincin nie aku pegang..masa dia balik baru aku bg pd "my sayang"..dia sekarang nie tengah outstation kerja kat kulai johor..merisik insya allah akan dijalankan pada 30hb November 2009...insya allah keluarga dia akan datang bertandang sebelah petang..datang kat rumah keluarga angkat aku...
kadang-kadang aku rasa macam tak siapa yang peduli kewujudan aku kat muka bumi nie..tapi bila aku bertemu dengan keluarga nie..alhamdulillah aku bertemu suatu cahaya dan tempat menumpang kasih...nanti aku upload gambar family aku sekarang..aku sayang giler arr dengan keluarga ni..alhamdulillah setelah aku suarakan kemahuan aku...keluarga menerima walaupun asalnya mereka agak membantah..bukan apa sebab aku masih belajar lagi..ohyer diam tak diam tahun depan aku nak grad dah..huhuhuhu...tak sabar nak kerja beb...knp aku sayangkan dia? nantilah aku cerita..sekarang nak gie makan dan bersiap nak gi kumon..mak dah bising coz lambat makan...

permulaan sebuah cerita...

hari nie aku mule2 menjinakkan diri dalam aktiviti blog..saja jer nak isi masa yang terluang..banyak kerja pun macam xder kerja..biasalah kana...hehhehe...blog nie aku buat sempena aku nak bertunang nie...ish biar betol...hehehehhehe...betol beb...cam xcye jer..muda lg tp gatal nk kawen..eh cop bukan gatal cuma seru dah sampai..nanti aku appear ape yg aku buat utk persiapan kami..chow dulu....