Thursday, November 27, 2008

hanya kau yang mampu...

aku tertarik dengan tajuk lagu aizat..hanya kau yang mampu...lagu nie sebenarnya banyak kesinambungannya dengan hidup abg angkat aku..abg f aku kenal masa aku pergi praktikal..dia soft sangat dan kami mula rapat setelah kamimengalami pertengkaran kecil..aku sayangkan dia macam abang aku sendiri. dia faham aku dan dia tak pernah sekali pun meninggi suara dengan aku. aku sayang sangat pada dia. yes kadang2 aku juga rindukan dia. lelaki sebaik dia layak dapat yang terbaik dalam hidupnya. tapi sayang sangat kerana dalam senyum sebenarnya dia menanggung derita..

bersesuaian dengan lyric lagu tu sendiri.itulah luahan hati abg f. bagi aku, aku paling susah nak respect lelaki tapi bila dengan dia aku mula buka mata dan dia banyak beri aku nasihat dan pengajaran yang berguna untuk aku lalui hidup ini. dan jujur ku katakan yang aku taknak kehilangan dia sebagaimana aku kehilangan abg zahir. entah kenapa hati aku sebak bile dengar cerita dia tadi. aku memang tak pandai tunjuk care aku, namun aku hanya berdoa agar dia dapat tabah menempuhi hidup ini.

cerita dia begini, mungkin boleh dijadikan pengajaran yang baik. kadang2 aku rasa macam cerita drama pun ada. jarang kita nak dengar dalam rumahtangga lelaki yang tanggung derita biasanya perempuan yang tempuh semua tu. wife abg f nie seorang yang cemburu buta giler2. aku pernah kena sound dengan abg f. teruk aku kena hanya kerana 1 sms. rupanya time tu dia tertekan sangat dengan perangai wife dia. dan yang boleh aku simpulkan ialah dia melepaskan tekanan dia pada aku. aku tak tegur dia masa lepas aku dpt sms marah2 tu. masa tu hanya Allah jer yang tahu betapa rindunya aku nak dengar suara dia.

mungkin jodoh kami sebagai adik abg panjang. akhirnya dia panggil aku jumpa dia dan kami berbincang. alhamdulillah hubungan kami baik hingga sekarang. sebenarnya wife dia punya background hidup yang agak kurang baik. dimana wife dia semasa kecilnya ditinggalkan di rumah neneknya. neneknya yang menjaga dia hingga dewasa. silapnya berpunca dari bapanya sendiri. bapanya berkahwin 4. tapi selepas 1 perkahwinan dia mendapat anak dia akan bercerai dan anak2 yang menjadi mangsa keadaan. itulah yang terjadi pada kak U. kak U mungkin mengalami tekanan dan tekanan masa lampau dibawa hingga kini.

dia tak percayakan abg f. ada saja yang dia nak cemburukan. abg f kata kak U bencikan lelaki. tapi sedar tak dia yang dikahwininya juga adalah lelaki. kak U patut rasa bersyukur kerana dikurniakan lelaki sebaik abg f. mana nak cari lelaki macam tu pada zaman ni. aku nekad aku kalau dengar benda yang sama aku memangnak jumpa kakak tu. aku bukan nak masuk campur hal rumahtangga dia tapi aku nak dia buka mata. lelaki yang menjadi suami dia adalah lelaki yang sebaik2nya. aku berani cop jarilah mana ada lelaki sanggup tahan dengan keadaan wife dia macam tu. yang cemburu membabi buta.

aku respect dengan abg f. dia banyak kali cakap yang dia sayangkan anak2. tapi hati dia menangis menahan derita. aku dapat tengok dari mata dia. cahaya dari mata dia tak bersinar tapi suram. aku terus terang katakan bahawa jika aku dapat lelaki seperti abg f akan aku jaga sebaik mungkin. aku juga ada background yang gelap. dulu juga aku bencikan lelaki. tapi aku mula berfikir. orang lain yang buat silap kenapa orang lain yang perlu dihukum? kita mengatakan hidup ini tidak adil kerana kita terpaka menanggung derita. tapi adakah kita adil sekiranya kita meletakkan hukuman pada orang yang tidak bersalah..

yes..dulu aku bencikan lelaki kerana kau kecewa dengan masa silam aku. sehingga aku pernah sujud menangis mengatakan bahawa hati aku sakit sangat dan aku rasa teraniaya. tapi aku tidak menghukum orang lain. perlukah aku menghukum lelaki lain hanya kerana aku bencikan 1 lelaki ini. aku tak adil pada semua orang dan aku juga tidak adil pada diri aku sendiri. aku kesian tengok abg f. kadang2 sampaikan dia dah penat nak tempuh semua ini. dia mencari orang yang memahami apa yang dia rasa. selagi aku mampu insya allah aku akan jadi pendengar kepada masalah dia.

hidup ni tak seindah yang kita sangka sebenarnya. setiap orang ada masalahnya sendiri. semua akan mengalami rasa derita dan gembira. cuma dengan cara yang berbeza. yang pasti aku kesiankan abg f. dia baik. lembut. dan semua sifat yang diingini oleh seoarang perempuan kepada lelaki ada pada dia. rupa dia pun not bad jugak. aku tak pernah anggap dia sebagai lebih dari seorang abang coz aku respect dia sebagai seorang abang dan hanya pendapat dia jer yang aku boleh pakai dan aku respect.

abg f....saya hanya berdoa agar ada jalan2 Allahuntuk abg...saya sayang sangat pada abg..saya nak abg bahagia..abg layak dapat kebahgiaan itu kerana abg sememangnya layak...saya juga berdoa agar ikatan silaturrahim ini akan terjalin insya allah hingga bila2....abg...saya sayang abg...saya tak cukup berani untuk luahkan perasaan saya..cuma itulah yang saya rasa saat ini...saya rasa bersyukur dipertemukan dengan abg...saya takder abg dan kehadiran abg membuatkan hidup saya rasa lengkap. saya ada abah. ada kekasih dab juga abang yang boleh untuk menumpang kasih. tu jer lelaki yang ada dalam hidup saya.

erm banyak pulak aku melalut..jap agi aku nak upload gambar officemate..sekarang tak sempat coz nak kena gie office kaktin..ok adios..

No comments: