Wednesday, December 31, 2008

fuh..penat....

aku mule kehilangan mereka....(kasih sayang)

hari nie aku kena bangun awal pagi coz kena hantar mak abah kat usj...diorang nak gie wedding kat keluang..tumpang pakcik azmi..so balik pun aku gak yang jempot..tadi buat hantaran tunang..alhamdulillah semuanya dah siap..tinggal utk hantaran makanan jer lagi..ajan yang tolong buat tadi.
next week aku dah kena daftar sem baru..and aku kena start claz tuisyen daa....fuh mesti penat giler..hmmmm...tak larat dah..nak tido..penat sangat...


Monday, December 22, 2008

alhamdulillah aku kembali sihat..

alhamdulillah aku kembali sihat setelah 2 hari aku bertarung menahan sakit tekak. aku jadi tak boleh nak telan walaupun air. sedih sangat bila nikmat tu ditarik sementara. semalam abah bawa aku jumpa ustaz R. dia kata ada hantaran orang dan aku memang dah mimpi sebelum aku sakit. ustaz kata Allah nak bagi pertolongan dan dia kurniakan keistimewaan tu kat aku bila orang lain sakit pun aku boleh tahu melalui mimpi. aku mimpi ngeri sangat dan maksudnya orang yang dalam mimpi tu yang buat aku. aku sayang orang tu dan aku tak sangka sangat dia yang buat aku macam tu. kuasa Allah aku kembali sihat.
masa sakit tu. tekak aku sakit sangat hinggakan aku tak boleh nak telan air liur. perit sangat sampai aku menangis. aku istighfar dalam hati. selawat banyak2. aku bertambah sakit. mungkin benda tu marah sangat kat aku agaknya. tu laa kan bila kita baik dengan orang, orang tak puas hati dengan kita. tapi mereka tak tahu yang Allah maha berkuasa. diorang tak takut ke mati nanti?
aku harap lepas ni ada pertolongan dari Allah. aku jadi takut juga jika benda tu menyerang lagi. sakit sangat sebenarnya. sampai tekak aku dia block. air yang sehalusnyer tu pun tak boleh nak lalu kat tekak. allahuakhbar. perit dia Allah jer yang tahu. namun aku redha atas kehendak yang maha esa.
ohyer sekarang aku dah berpindah sepenuhnya ke rumah mak. aku pernah bermohon dikurniakan aku sebuah keluarga. dan niat aku berhijrah kali ni adalah untuk menjadi yang terbaik dan aku nak lupakan semua kisah hitam aku. aku banyak dosa. dan aku cuba ntuk tidak kembali ke masa lampau aku. aku nak jadi orang yang berguna dan aku nak mendekatkan diri kepada yang maha esa. aku dah banyak buang masa. dah sampai masanya aku kembali ke pangkal jalan.
Allah tu al-rahman al-rahim. dia bagi jer apa hamaba dia mintak. syukur alhamdulillah dia tak pernah melupakan aku. cuma aku jer yang melupakan dia. jahat sungguh diri aku. cuma aku berharap ya Allah kau beri petunjuk samada betul atau tidak keputusan yang bakal aku buat nie. aku nak yang terbaik. aku sayangkan dia. cuma aku tak nak sayang yang pura2. allhuakhbar....
kini hati aku tenang sedikit setelah kembali sembuh. alhamdulillah...ok lar ...adios....

Sunday, December 21, 2008

sakit tekak.

hari nie dah 2 hari aku demam plus dengan sakit tekak. sakit hingga air pun tak boleh nak telan. tu laa dia kan bila Allah nak tarik nikmat yang diberi sekejap jer. semalam aku tidur pun tak nyenyak. sakit sangat. air liur terkumpul boleh jadi lemas dan rasa nak muntah semula. abang suruh mak bancuh air garam suruha kau kumur dengan air garam. takut tongsel aku makin bengkak boleh kena operate. tak nak ar.. takut woo.. abang memang specialist bahagian nie tu yang dia suruh mak buat jugak air garam. ubat kat dia dah habis. nak pun kena tunggu esok. jadi aku buat sementara makan penadol dengan kumur air garam. turunkan fever dengan bengkak. azab sangat. makan pun kena makan bubur. badan sekarang rasa panas. mak kata dah nak elok laa tu coz dah berpeluh. alhamdulillah. ok lor..letih sangat.. adios

Tuesday, December 16, 2008

sayang....

sayang...rindu sangat kat sayang..huuhuhuu...jiwang giler lor..tapi memang betul pun. aku kangen bangat sama dia..Ya Allah..kau lindungilah hubungan kami ini..aku sayangkan dia dan aku juga mahu sehidup dengannya..
tentang persiapan semuanya sudah selesai..barang2 semua dah complete tinggal nak gubah jer lagi. sayang cakap dia maybe akan kerja kat KL nanti..next month kot.kalau macam tu alangkah happy nyer hati aku..sekarang dia kat kulai.susah sangat nak jumpa dengan dia.
insya Allah kami akan bertunang pada 25 jan nanti.harap2 semuanya berjalan seperti biasa. sayang...i sayang sangat kat sayang..cuma kadang kala i juga manusia biasa tak lepas dari melakukan kesalahan..terima kasih sayang kerana bahagiakan i..i amat hargainya sayang..sayang tak jemu melayan kehendak i..sering kali sayang ada bila i perlukan sayang. semoga impian kite untuk hidup bersama akan terlaksana sayang....insya Allah..
alhamdulillah kakak aku dah sihat semula. ada gangguan benda halus..dan kini ia dah pulih dan kembali ceria seperti biasa. alhamdulillah..

the making of hantaran






ni belum letak bunga lagi..hehehhehe...